Serangan di selatan Thai berterusan

PATTANI, 11 Jan – Empat sukarelawan pertahanan sivil Thailand ditembak mati semalam di sebuah sekolah di selatan negara itu dengan keberadaan para pelajar hanya beberapa meter jauh, ketika pertumpahan darah menyambut 15 tahun pemberontakan di zon sempadan Melayu-Muslim.

Beberapa wilayah yang bersempadan dengan Malaysia itu telah menjadi saksi pertarungan pemberontak menentang penduduk beragama Buddha Thailand, yang menjadi sebahagian daripadanya selama lebih 100 tahun.

Sejak 2004, pemberontak bersenjata telah bertempur dengan tentera Thailand, mengorbankan hampir 7,000 orang, sebahagian besarnya penduduk awam, dari pihak Muslim dan Buddha.

Jumlah kematian berkurang pada rekod terendah tahun lepas ketika junta Thailand mengetatkan rangkaian keselamatannya di selatan.

Tetapi dalam beberapa minggu kebelakangan ini keganasan mula kembali, ketika pemberontak membuktikan bahawa mereka masih mampu menjalankan operasi selepas konflik selama 15 tahun.

Sekumpulan lelaki yang dibunuh semalam kesemuanya Muslim dan sedang berkawal di sebuah sekolah di daerah Yarang, Pattani semasa serangan berlaku.

Seorang jurugambar AFP yang berada di tempat kejadian menyaksikan mayat-mayat mangsa yang lengkap dengan pakaian seragam, dengan darah membasahi lantai sekolah.

“Mereka ditembak mati di tempat kejadian,” kata Leftenan Wicha Nupannoi dari Stesen Polis Yarang kepada AFP, dengan menambah bahawa para pembunuh disyaki dari pihak pemberontak.

“Penyerang merampas keempat-empat senapang mereka,” katanya, dengan menambah tiada saksi ketika serangan itu berlaku, yang terjadi sebelum makan tengah hari.

Sukarelawan pertahanan sivil, beragama Muslim dan Buddha, merupakan penduduk awam yang dibayar dengan murah, menjalani latihan biasa, bersenjata dan dibayar oleh kerajaan Thailand untuk membantu pasukan keselamatan yang berada di wilayah selatan selama pemberontak tercetus. – AFP