Serangan dron bunuh ketua pengganas

BEIRUT, 15 SEPT – Serangan dron yang dipercayai dilakukan oleh Amerika Syarikat di barat laut Syria telah membunuh anggota jihad Tunisia yang terkenal, menurut kenyataan hari ini.

Serangan yang dilakukan kelmarin di wilayah penguasaan pihak pemberontak, Idlib telah membunuh Sayyaf al-Tunsi, kata pihak Pemerhati Hak Asasi Manusia di Syria.

“Dron yang menyasarkan sebuah kenderaan pemimpin Hurras al-Deen di Idlib telah menyebabkan dia terkorban,” kata ketua pemerhati, Rami Abdel Rahman.

Hurras al-Dean adalah sebuah kawasan kecil tetapi dikuasai oleh kumpulan bersenjata yang taat kepada Al-Qaeda.

Mereka bermusuhan dengan Hayat Tahrir al-Sham, sebuah puak yang bersekutu dengan kumpulan Islam yang didominasi oleh bekas ahli talian Al-Qaeda di Syria, Jabhat al-Nusra – meskipun kedua-dua kumpulan beberapa kali bekerjasama.

Sayyaf al-Tunsi merupakan bekas pemimpin Nusra yang telah didakwa bertanggungjawab ke atas pembunuhan besar-besaran pada 2015 di mana 20 orang penduduk kampung di wilayah Idlib telah dibunuh.

Tiada pengesahan segera dibuat atas serangan tersebut oleh Amerika Syarikat, mahupun dari pakatan yang mengetuai perjuangan di rantau tersebut menentang kumpulan IS.

Penggunaan roket R9X adalah sangat kerap dalam serangan udara terdahulu Amerika Syarikat ke atas pegawai tertinggi kumpulan jihad di utara Syria. – AFP