Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Serangan dron disyaki dalang kebakaran penapisan minyak Rusia

    MOSCOW, 22 JUN – Serangan dron mungkin menyebabkan berlaku kebakaran di kilang penapisan minyak Novoshakhtinsk di wilayah Rostov selatan Rusia yang bersempadan dengan Ukraine, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh gabenor wilayah itu kelmarin.

    “Menurut satu laporan, kebakaran berpunca daripada serangan UAV (kenderaan udara tanpa pemandu) ke atas pemasangan teknikal loji itu,” kata Vasily Golubev dalam Telegram, sambil menambah bahawa serpihan dron telah ditemui di tapak berkenaan.

    Walau bagaimanapun, dia tidak menyatakan dari mana dron itu berasal.

    Menurut Golubev, api telah dipadamkan dan semua kakitangan loji telah dipindahkan tanpa kemalangan jiwa.

    “Kerja-kerja di kilang itu telah digantung sementara sambil menunggu siasatan lanjut,” tambah Golubev.

    Rusia telah beberapa kali menuduh Kyiv melancarkan serangan berhampiran sempadan bersama sejak memulakan campur tangan tentera di Ukraine pada akhir Februari lalu.

    Kebakaran di loji penapisan berlaku beberapa hari selepas Moscow menuduh Ukraine menembak penggerudian pelantar minyak Laut Hitam di luar pantai Crimea yang dimiliki oleh Rusia. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China kecewa AS guna veto halang Palestin anggotai PBB

    BEIJING, 19 APRIL - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) gagal meluluskan draf resolusi untuk menerima Palestin sebagai anggota rasmi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)...