LAGOS, 6 JUN – Lelaki bersenjata yang menyerang gereja Katolik kelmarin menggunakan bahan letupan di barat daya Nigeria telah membunuh kira-kira 21 penganut, termasuk beberapa kanak-kanak, menurut kenyataan pegawai tempatan.
Keganasan di Gereja Katolik St Francis di bandar Owo semasa upacara kelmarin menimbulkan kecaman antarabangsa selepas tercetusnya serangan jarang berlaku di wilayah barat daya Nigeria yang biasanya dikatakan lebih selamat.
Jurucakap pejabat gabenor Negeri Ondo, Richard Olatunde, memberitahu AFP bahawa sebutir bom dinamit meletup di dalam gereja sebelum lelaki bersenjata melepaskan tembakan.
“Mereka tidak masuk pun ke dalam gereja, mereka hanya menembak melalui tingkap,” jelasnya sambil mengesahkan angka kematian seramai 21 orang. – AFP