Serangan hambat ‘Al-Maldives’ bangkit semula

GAZA – Ramai penduduk di Semenanjung Gaza, tempat tinggal lebih dua juta rakyat Palestin, telah mendengar kisah ‘al-Maldives’ di tepi pantai bandar Gaza.

Sepanjang musim, tempat itu sentiasa sibuk dan menarik ramai pelanggan dari seluruh semenanjung untuk menikmati hidangan dan pemandangan pantai.

Restoran buatan kayu itu terdiri daripada tiga tingkat yang dibahagikan kepada dewan utara dan selatan.

Keseluruhan bangunan itu menjulang 15 meter di atas pantai berbatu di barat bandar Gaza.

Dengan pemandangan yang menakjubkan, restoran itu dibina di atas lebih 10 tiang keluli yang dipasang di dasar laut dan disambungkan antara satu sama lain dalam blok simen.

Manakala tingkat tinggi, tangga dan dinding dibina daripada kayu berwarna coklat gelap jenis teguh buatannya.

Seorang warga Palestin memeriksa tapak serangan udara Israel di restoran al-Maldvies di bandar Gaza. – Xinhua

Penduduk Palestin dilihat di dalam restoran al-Maldives yang dibina semula selepas musnah dalam serangan udara Israel. – Xinhua

Para pelanggan, yang duduk di tepi tingkap dan di balkoni terbuka di tepi laut, boleh menikmati pemandangan matahari terbenam di marina nelayan Gaza berhampiran atau pantai.

Tempat itu menyajikan jus tropika yang serupa dengan yang terdapat di Maldives, sebuah negara di Lautan Hindi. Restoran itu dibuka pada Ogos 2020 dan menjadi pantai paling popular di kawasan pinggir pantai yang terkepung.

Ahmed al-Faseeh, pengarah hal ehwal kakitangan, berkata kebanyakan penduduk Seme-nanjung Gaza tidak pernah ke Maldives dan hanya melihat gambar negara pulau itu.

“Pelanggan tertarik ke laut biru dan rumah kayu kecil, jadi mereka sentiasa berharap untuk melihat dan menonton adegan seperti itu di Semenanjung Gaza,” kata al-Faseeh. Tetapi sekitar enam bulan yang lalu, tempat itu hampir runtuh.

Al-Maldives terjejas teruk pada Mei lalu apabila jet perang Israel menyasarkan kawasan sekitar restoran itu dengan empat peluru berpandu yang turut membunuh tiga orang yang berada di kawasan tersebut.

Restoran itu bukan satu-satunya tempat yang musnah semasa serangan udara Israel di Semenanjung Gaza, yang bermula pada 10 Mei dan berakhir pada 21 Mei selepas Mesir menjadi perantara gencatan senjata antara kedua-dua pihak.

Pegawai di kementerian perumahan dan kerja awam kendalian Hamas di Gaza berkata bahawa lebih 1,800 unit pembinaan telah dimusnahkan sepenuhnya oleh tentera udara Israel.

Naji Sarhan, setiausaha kementerian, menambah lebih 37,000 yang lain telah terjejas sama ada secara teruk atau sederhana.

“Pada bulan Mei, apabila jet perang Israel melanda kawasan itu, saya bersama rakan sekerja di bangunan itu,” kata Mohammed Bakar, salah seorang pekerja yang bekerja di restoran itu, sambil menambah mereka melarikan diri ke jalan utama dan melihat salah seorang pengawal keselamatan restoran terbunuh.

Pekerja itu, yang cedera ringan, berkata bahawa empat peluru berpandu Israel bukan sahaja menyebabkan kerosakan teruk pada bangunan restoran, tetapi juga menakutkan penduduk berhampiran, yang bunyi letupan besar itu telah menjadi kenangan pahit untuk mereka.

“Restoran al-Maldives kekal ditutup sejak beberapa bulan lalu sehingga kami memutuskan pada Oktober untuk membinanya semula,” katanya sambil menyatakan pembinaan semula memerlukan banyak tenaga kerja dan sumber material.

“Restoran itu menjadikan saya terkenal di Gaza dan saya menerima sokongan harian daripada pelanggan tetap kami menerusi laman rangkaian sosial,” katanya.

Sebelum pengeboman berlaku, restoran itu telah merancang untuk memanjangkan platform tinjauannya ke laut.

Bagaimanapun, kerosakan yang disebabkan oleh serangan udara Israel telah menangguhkan projek tersebut.

Bakker menambah, bajet utnuk pembangunannya semula sudah pun mencukupi, tetapi tiada sesiapa yang tahu bila persengketaan seterusnya akan berlaku atau sama ada akan berlaku lagi satu letupan yang akan memusnahkan segala-galanya. – Xinhua