Serangan misteri di Muzium Berlin

BERLIN, 21 OKT – Pemugut telah merosakkan lebih daripada 70 kerja seni dan artifak di beberapa musim paling terkenal di Berlin, kata polis hari ini, dalam serangan disasarkan yang dirahsiakan oleh pihak berkuasa selama lebih dua minggu.

Lukisan berharga, arca batu dan keranda batu di tiga institusi di Museum Island yang disenarai di UNESCO disembur dengan ‘cecair minyak’, meninggalkan kesan yang jelas, beritahu polis Berlin kepada AFP.

Media Jerman menganggapnya ‘salah satu serangan terbesar ke atas seni dan barang antik dalam sejarah selepas perang Jerman.’

“Pejabat siasatan jenayah polis Berlin telah melancarkan siasatan berhubung kerosakan terhadap kerja seni dan artifak yang dipamerkan,” kata jurucakap Martin Dams dalam kenyataan yang dihantar menerusi e-mel.

Dams berkata polis percaya perbuatan itu berlaku pada 3 Oktober, Hari Penyatuan Jerman, semasa waktu pembukaan di Muzium Pergamon, Muzium Neues dan Alte Nationalgalerie.

Beliau tidak berkata sebab-sebab kenapa muzium dan polis tidak mengeluarkan kenyataan sebelumnya mengenai serangan itu, yang pertama dilaporkan lewat semalam dalam media Jerman.

Dams tidak memberikan sebarang maklumat mengenai motif di sebalik serangan itu. – AFP

Muzium Bode, sebahagian daripada Museum Island, kelihatan di Berlin kelmarin. Menurut laporan media, puluhan kerja seni dirosakkan oleh individu tidak dikenali di Museum Island pada Hari Penyatuan Jerman. – AFP