Friday, April 19, 2024
23.5 C
Brunei

    -

    Serangan nekad ragut 1 nyawa, tujuh lagi cedera

    KABUL, 17 JUN – Satu kejadian nekad di sebuah masjid berlaku di utara Afghanistan dan membunuh sekurang-kurangnya seorang jemaah dan mencederakan tujuh lainnya semasa sembahyang fardu Jumaat, menurut kenyataan polis.

    Letupan berlaku di wilayah utara Kunduz di daerah di mana puluhan jemaah terbunuh April lalu dalam kejadian serangan serupa.

    Menurut jurucakap polis wilayah, Qari Obaidullah Abedi, seorang jemaah terkorban dalam letupan hari ini di masjid Alif Birdi di daerah Imam Shahib.

    “Letupan berlaku di dalam masjid ketika jemaah lain sedang menunaikan sembahyang Jumaat,” katanya kepada AFP. Pasukan perubatan di hospital wilayah itu mengesahkan jumlah kematian dan mangsa yang tercedera.

    Tiada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab atas serangan tersebut.

    Taliban kembali memerintah Afghanistan daripada kerajaan yang disokong oleh Amerika Syarikat tahun lalu dan menyaksikan jumlah pengeboman menurun di negara itu, tetapi Kumpulan IS terus menyasarkan golongan minoriti dalam serangannya.

    Beberapa siri kejadian pengeboman berlaku di negara itu pada bulan Ramadan dan sebahagiannya dijalan-kan oleh Kumpulan IS.

    Pada 22 April, satu letupan di sebuah masjid di daerah Imam Shahib mengorbankan sekurang-kurangnya 36 jemaah dalam serangan berdarah sejak Taliban kembali memegang tampuk pemerintahan.- AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...