Serangan ‘penjahat’ korbankan 50 orang

KANO, 2 MAC – Sekurang-kurangnya 50 orang telah terkorban dalam serangan berasingan oleh sekumpulan ‘penjahat’ bersenjata di sebuah kampung di kawasan Utara Nigeria termasuk mengalami kecurian dan penculikan ternakan lembu, kata pegawai setempat.

Sumber berkata seramai 100 orang penjahat bersenjata menceroboh masuk ke kawasan perkampungan Kerawa, Zareyawa dam Minda di negeri Kaduna pada waktu subuh pada Ahad lalu, menembak mereka yang baru keluar dari masjid selepas solat Subuh sebelum membunuh penduduk setempat dan membakar serta merompak rumah mereka.

“Setakat ini 50 mayat telah disahkan tetapi jumlah tersebut belum dapat memastikan jumlah korban sebenar dan berkemungkinan angka tersebut akan meningkat di mana pasukan penyelamat masih lagi dijalankan,” kata Zayyad Ibrahim, anggota parlimen di Nigeria, memberitahu AFP hari ini. – AFP