BAGHDAD, 17 MAC – Satu serangan roket telah mengenai pangkalan Iraq yang digunakan oleh tentera gabungan yang dipimpin oleh AS dan tentera NATO, tentera Iraq berkata hari ini, ini merupakan serangan ketiga yang di-sasarkan ke atas tentera luar dalam tempoh seminggu.
Roket yang mengenai pangkalan Besmaya di selatan Baghdad lewat malam kelmarin, menurut kenyataan dari tentera, namun tiada korban jiwa dilaporkan.
Tentera Sepanyol yang menyertai pasukan gabungan pimpinan AS bertempur deng kumpulan IS, berserta dengan pasukan latihan NATO, yang berada di Besmaya.
Minggu lalu, serangan roket yang ditujukan ke arah tentera luar di pangkalan tentera Iraq telah membunuh tiga orang tentera pasukan gabungan pada 11 Mac, dan pada 14 Mac, serangan sama dijalankan ke atas pangkalan udara di Taji.
Sejak lewat Oktober, sebanyak 24 serangan roket telah dilancarkan ke atas kedutaan AS di Baghdad atau pangkalan-pangkalan di mana tentera gabungan ditempatkan, membunuh tiga orang tentera AS, seorang tentera Britain dan seorang tentera Iraq.
Tiada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab tetapi Washington telah menuduh Kataeb Hezbollah, puak yang tidak bertolak ansur di Hashed al-Shaabi – rangkaian tentera yang diserapkan ke dalam negara Iraq.
AS telah lama berkeras kepada Baghdad supaya menangani puak sebegini dan menghalang mereka dari menyasarkan tentera dan diplomat AS. Tetapi Washington mengambil langkah keras pada Disember lalu selepas kontraktor AS terbunuh dalam serangan roket, dan melancarkan serangan balas udara ke atas Kataeb Hezbollah. – AFP
