Saturday, December 7, 2024
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Serangan rumpai air Salvinia Molesta perlu dihapuskan segera

    KOTA KINABALU, 7 OKT – Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor mahukan usaha mengekang perebakan ‘salvinia molesta’, sejenis rumpai air untuk dilakukan secepat mungkin dengan bantuan pelbagai pihak dan komuniti di negeri itu.

    Beliau berkata, usaha itu perlu dilakukan terhadap salvinia gergasi itu telah merebak di sekurang-kurangnya 200 kawasan berair seperti sungai, laluan air, kolam ikan dan sawah padi, di seluruh negeri Sabah.

    Hajiji berkata, rumpai air salvinia molesta yang berasal dari Brazil itu, tumbuh dipermukaan air dan membahayakan biodiversiti dan mengancam spesis hidupan air tawar, termasuk ikan dan tumbuhan air  hidup di dalam air.

    Beliau berkata, rumpai itu buat pertama kalinya dikesan di Sabah seawal 2000, dan satu spesis kumbang iaitu ‘cyrtobagous salviniae weevil’ atau ‘salvinia weevil’ dikenalpasti sebagai agen kawalan perosak kepada salvinia molesta atau dikenali sebagai salvinia gergasi itu, kerana kedua-dua kumbang dewasa atau pada peringkat larva, memakannya tumbuhan itu.

    “Sebahagian besar kawasan berair di Sabah dijangka dapat dibebaskan daripada serangan salvinia molesta dengan pengenalan cyrtobagous salviniae weevils ini.” – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda