Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Serangan Rusia ragut 20 nyawa di Vinnytsia

    KYIV, UKRAINE, 14 JULAI – Peluru berpandu Rusia menyerang Vinnytsia di pusat bandar Ukraine hari ini, mengorbankan lebih kurang 20 nyawa termasuk tiga kanak-kanak, dalam apa yang digelar oleh Presiden Volodymyr Zelensky sebagai tindakan keganasan terbuka.

    Serangan yang berlaku pada waktu tengah hari di sebuah bandar dengan jarak ratusan kilometer daripada barisan hadapan dan penaklukan tentera Rusia berlaku ketika pegawai Kesatuan Eropah (EU) mengadakan persidangan di The Hague bagi membincangkan jenayah perang yang berlaku di Ukraine.

    Sementara itu, sisa-sisa kereta terbalik yang hangus dikelilingi serpihan terbakar dapat dilihat dalam imej yang ditularkan oleh pegawai yang berada berdekatan dengan premis perniagaan yang musnah dalam kebakaran dengan asap yang berkepul-kepul di kawasan itu.

    “Terdapat lapan roket, dua daripadanya meletupkan pusat bandar. Meragut 20 nyawa, termasuk tiga kanak-kanak. Sementara itu, terdapat sejumlah besar yang cedera,” kata Zelensky semasa menyampaikan ucapannya di The Hague.

    Pemimpin Ukraine itu mengetuai acara bertafakur sebelum menggesa negara-negara Eropah dan pegawai Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) semasa berucap untuk membuka ‘tribunal khas’ terhadap pencerobohan Rusia.

    “Saya percaya ia tidak dapat dielakkan bahawa ICC akan menghadapkan pesalah atas jenayah yang dilakukan di bawah bidang kuasanya: jenayah perang, jenayah terhadap kemanusiaan, pembunuhan beramai-ramai,” katanya.

    ICC di The Hague telah menjalankan penyiasatan atas jenayah perang yang berlaku di Ukraine hanya beberapa hari selepas tentera Moscow mula menyerang dan mereka mengerahkan puluhan penyiasat ke negara tersebut untuk mengumpulkan bahan bukti. – AFP

    Anggota penyelamat semasa menjalankan operasi menyelamat di tempat kejadian yang musnah akibat serangan peluru berpandu di Ukraine. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...