Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Serangan Rusia sasar wad bersalin Ukraine

    KYIV, UKRAINE, 23 NOV – Serangan Rusia membunuh seorang anak damit baru lahir di wad bersalin di Ukraine dan dua orang awam di tempat lain, kata pegawai hari ini ketika Presiden Volodymr Zelensky menuduh Rusia melakukan ‘keganasan.’

    Perkhidmatan kecemasan Ukraine berkata roket Rusia menghentam sebuah bangunan semalaman di Vilniansk, selatan rantau Zaporizhzhia, dalam serangan terbaharu yang memusnahkan bangunan perubatan sejak perang bermula sembilan bulan lalu.

    Mereka menyiarkan video yang menunjukkan pekerja perkhidmatan kecemasan cuba menyelamatkan seorang lelaki yang terperangkap dalam runtuhan wad bersalin yang musnah.

    “Akibat serangan roket di wilayah tempat terletaknya hospital tempatan, bangunan dua tingkat wad bersalin telah musnah teruk,” menurut kenyataan.

    “Terdapat seorang wanita bersama anaknya serta seorang doktor dalam bangunan pada masa itu.

    Anak damit itu maut sementara wanita dan doktor berjaya diselamatkan daripada runtuhan, kata anggota menyelamat. Tidak ada orang lain yang terperangkap dalam runtuhan pada masa itu.

    Sementara itu, dua orang terbunuh dalam pengeboman sebuah bangunan perumahan dan sebuah klinik di rantau timur laut Kharkiv, kata gabenor tempatan, Oleg Synegubov.

    “Pada kira-kira 7:40 pagi, Kupiansk dibom. Bangunan perumahan sembilan tingkat dan sebuah klinik musnah. Malangnya dua orang terkorban, seorang wanita berusia 55 tahun dan seorang lelaki berusia 68 tahun” beritahu Synegubov di media sosial. – AFP

    Gambar serahan pentadbiran tentera Zaporizhzhia menunjukkan anggota bomba Ukraine bekerja di wad bersalin hospital yang rosak di Vilniansk, Zaporizhzhia, Ukraine, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...