Oleh Ak Zaki Kasharan
BANDAR SERI BEGAWAN, 10 FEB – Mahkamah Majistret hari ini telah menjatuhkan hukuman penjara lapan bulan serta sekali sebatan terhadap seorang lelaki Bangladesh kerana melakukan serangan seksual terhadap seorang wanita warga asing yang bekerja di sebuah rumah.
Abdul Baten, 46, mengaku bersalah atas pertuduhan menggunakan kekerasan terhadap wanita itu.
Timbalan Pendakwa Raya Raihan Nabilah Ahmad Ghazali mendedahkan di mahkamah bahawa defendan telah diupah untuk melakukan kerja-kerja halaman di sebuah rumah di Jalan Haji Halus, Kampung Bunut pada pagi 5 Januari lalu.
Sekitar jam 3 petang, dia menyedari pembantu rumah berusia 43 tahun itu bersendirian di dapur dan menghampirinya kerana ingin meminta melakukan hubungan seks.
Bagaimanapun, defendan mendekati mangsa secara mengejut.
Mangsa ketika itu berada di singki dapur apabila defendan memeluknya dari belakang.
Dia kemudian berkata kepadanya bahawa dia hanya menginginkannya dengan cepat.Mangsa berasa terkejut dengan defendan dan berjaya melepaskan dirinya daripada pelukan defendan dengan berulang kali menyikunya.
Ini menyebabkan defendan terjatuh ke lantai dan memerangkap kaki mangsa sehingga mangsa menendang mukanya.
Mangsa berlari keluar dari rumah diekori defendan yang kemudian menawarkan $20 untuk melakukan hubungan seks dengannya dan memberi amaran kepadanya supaya tidak memberitahu majikannya.
Sekali lagi, defendan berkata dia menginginkan hanya 4 hingga 5 minit bersamanya.
Tidak lama kemudian, pemandu di rumah itu tiba dan mangsa memberitahu defendan supaya segera beredar.Semasa defendan beredar, mangsa kemudiannya memberitahu pemandu mengenainya.
Ini menyebabkan mangsa membuat laporan polis pada keesokan harinya. Polis mencari defendan dan menahannya pada 2 Februari.Majistret Kanan Azrimah Abdul Rahman mengendalikan kes tersebut.