Serangan siber jejas kilang Honda di India, Brazil

TOKYO, 10 JUN – Kilang Honda di Brazil dan India telah membatalkan operasi ketika pembuat kereta Jepun bergelut untuk pulih dari serangan siber yang menjejaskan beberapa buah kilang di seluruh dunia.

Serangan siber pada awal minggu itu telah menyasarkan server dalaman Honda dan menularkan virus di seluruh sistem syarikat, kata jurucakap wanita kepada AFP hari ini.

Kilang motosikal di India dan Brazil masih lagi belum beroperasi berikutan serangan itu, sementara kilang kenderaan empat roda di Turki menyambung semula operasi hari ini, kata jurucakap wanita itu.

Firma itu ‘masih lagi menyiasat maklumat tersebut,” katanya.

Keseluruhannya, serangan siber menjejaskan 11 kilang Honda – termasuk lima di AS, menurut laporan media tempatan. – AFP