Serangan siber sekat tempahan vaksin

ROM, 1 OGOS – Laman web Lazio, wilayah Itali yang merangkumi Rom, telah ditutup hari ini setelah dilanda serangan siber dan orang ramai tidak lagi dapat menggunakannya untuk menempah vaksin COVID-19.

“Serangan penggodam sedang dilakukan, semua operasi pertaha-nan dan pengesahan sedang dilakukan untuk mengelakkan berlakunya gangguan perkhidmatan,” kata wilayah itu di akaun Twitternya.

“Operasi mengenai vaksinasi mungkin terjejas.”

Laman web rantau itu, www.regione.lazio.it, masih ditutup hari ini.

Laman web untuk tempahan vaksinasi juga tidak tersedia.

Varian Delta yang semakin merebak menjangkiti sekitar 80 peratus kes COVID-19 baharu di Lazio, di mana 66 peratus populasi dewasa telah diberi vaksin, kata pesuruhjaya kesihatan wilayah Alessio D’Amato awal minggu ini.

Di seluruh negara, 60 peratus penduduk berusia lebih dari 12 tahun telah divaksinasi sepenuhnya, dengan 68.5 juta jumlah dos diberikan, kata laman web kementerian kesihatan. – AFP