Serangan terbaharu di Yaman

DUBAI, Emiriah Arab Bersatu (UAE), 13 Jun – Kerajaan buangan Yaman yang mendapat sokongan dari pihak gabungan yang diketuai oleh Arab Saudi, memulakan serangan pagi ini ke atas bandar pelabuhan Yaman, Hodeida, pertempuran genting dalam konflik tiga tahun yang mana agensi-agensi bantuan memberi amaran boleh menyeret negara termiskin di dunia Arab itu ke dalam kekacauan seterusnya.

Pemberontak-pemberontak Syiah yang bersekutu dengan Iran yang dikenali sebagai Houthi dan sekutunya selama bertahun-tahun telah menguasai Laut Merah yang penting bagi bekalan makanan di sebuah negara yang hampir kepada kebuluran selepas peperangan selama bertahun-tahun.

Pertempuran bagi Hodeida, jika pihak Houthis tidak berundur, juga mungkin menandakan pertempuran pertama bandar besar pertama bagi gabungan yang diketuai Saudi, yang boleh berbahaya bagi pihak penggempur dan oraang awam.

Awal Subuh hari ini, konvoi-konvoi kenderaan bergerak ke arah bandar itu yang dikuasai pemberontak, menurut video yang dihantar ke media sosial. Bunyi kuat senjata api boleh dijelas didengari.

Saluran berita satelit milik Saudi dan kemudian media kerajaan mengumumkan pertempuran telah bermula, dengan memetik sumber ketenteraan.

“Kerajaan buangan Yaman, telah menggunakan semua kaedah politik dan keamanan untuk mengeluarkan militia Houthi dari pelabuhan Hodeida,” menurutnya dalam satu kenyataan. “Pembebasan pelabuhan Hodeida adalah peristiwa penting dalam perjuangan kami untuk meraih semula Yaman dari pihak militia.” – AP