Serangan terbaru di Turki ragut dua nyawa

ISTANBUL, 6 Jan – Sebuah bom kereta yang dipersalahkan ke atas militan Kurdish menggegarkan bandar Turki Izmir kelmarin, membunuh sekurang-kurangnya dua orang tatkala pihak berkuasa memburu penjenayah yang masih melarikan diri di sebalik serangan Tahun Baru di Istanbul.

Serangan baru telah dipergiatkan di Turki selepas insiden penembakan maut di kelab malam Reina Istanbul yang mengorbankan 39 orang dan telah didakwa dilakukan oleh kumpulan Negara Islam.

Hanya empat hari selepas insiden pembunuhan beramai-ramai di kelab malam itu, sebuah bom kereta pula meletup di luar sebuah bangunan mahkamah di bandar Aegean Izmir, dengan pihak berkuasa menyalahkan Parti Pekerja Kurdistan (PKK) yang diharamkan.

Seorang anggota polis dan seorang pekerja mahkamah, dilaporkan seorang bailif, terbunuh, Timbalan Perdana Menteri Veysel Kaynak memberitahu kepada pemberita.

Pegawai polis Turki berkawal di tapak letupan di hadapan bangunan mahkamah di Izmir, kelmarin. AFP
Pegawai polis Turki berkawal di tapak letupan di hadapan bangunan mahkamah di Izmir, kelmarin. AFP

Polis bergelut memerangi ‘pengganas’ dalam pertempuran yang menyaksikan dua militan terbunuh. Sementara itu seorang lagi melarikan diri, katanya.

Agensi berita Anadolu berkata kedua-dua suspek telah ditahan tetapi ia tidak jelas jika mereka termasuk militan yang dikejar.

Ia menambah bahawa pasukan keselamatan telah menjalankan kawalan terhadap letupan pada kenderaan, di mana penyerang berkemungkinan menggunakan kebanyakan kereta bagi melakukan serangan tersebut.

Sebuah bandar pelabuhan, merupakan kawasan metropolis ketiga tersebar di Turki dan merupakan pintu masuk ke pantai peranginan mewah di Aegean dan kejadian keganasan memang jarang berlaku. – AFP