Serangan udara ragut 31 nyawadi Yaman

DUBAI, 16 FEB – Tiga puluh satu orang terbunuh dalam serangan udara ke atas Yaman semalam, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, mangsa serangan balas pimpinan Saudi selepas pemberontak Huthi mendakwa telah menembak jatuh salah satu jetnya.

Pesawat udara Tornado terhempas pada Jumaat di utara wilayah Al-Jawf ketika satu operasi untuk membantu tentera kerajaan, satu insiden luar biasa yang mendorong operasi di kawasan itu oleh gabungan tentera pimpinan Saudi untuk menentang pemberontak tersebut.

Keganasan menyusuli peningkatan pertempuran di utara Yaman di antara pihak berperang yang mengancam akan memburukkan lagi krisis kemanusiaan negara. – AFP