Wednesday, April 24, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Serbuan Mar-A-Lago mungkin tingkat populariti Trump

    WASHINGTON, 17 OGOS – Melainkan pihak penguatkuasa undang-undang persekutuan dapat mensabitkan bekas Presiden Donald Trump atas tuduhan jenayah sebelum pilihan raya presiden akan datang, serbuan FBI di rumahnya di Florida minggu lepas hanya akan menguatkan tuntutannya bagi pencalonan parti Republikan 2024, penganalisis politik memberitahu Sputnik.

    Pada 8 Ogos, FBI mengeledah kediaman Trump Mar-a-Lago di Florida selepas waran dikeluarkan dan memeriksa premis itu selama sembilan jam, dan merampas 11 set dokumen dan bahan lain, beberapa dokumen dilabel “Rahsia Besar,” berdasarkan waran geledah itu.

    Trump mengutuk serbuan itu dan menyifatkan sistem keadilan AS mensasarkan dirinya dan mendakwa semua barangan yang ada di kediamannya telah diubah status dan bukan dokumen rahsia.

    “Melainkan Donald Trump disabitkan dengan satu atau lebih jenayah sebelum November 2024, beliau kini merupakan pesaing yang jauh lebih kuat berbanding sebelum serbuan Mar-a-Lago,” kata bekas pengurus dana lindung nilai yang juga pengulas politik, Charles Ortel. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Dua gempa berukuran 6 dan 6.3 magnitud landa timur Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Dua gempa bumi berukuran 6 dan 6.3 magnitud melanda tengah Daerah Hualien di timur Taiwan masing-masing pada 2:26 pagi dan 2:32 pagi ini,...