Friday, April 19, 2024
23.5 C
Brunei

    -

    Serena bakal bertemu Raducanu

    CINCINNATI, 14 OGOS – Serena Williams bakal berdepan cabaran seawal pusingan pertama apabila dia akan bertemu dengan penyandang juara Terbuka Amerika Syarikat, Emma Raducanu apabila jelajah perpisahan membabitkan pemain tenis AS itu diteruskan di Cincinnati minggu depan.

    Serena juara 23 kali Grand Slam, minggu ini mendedahkan bahawa ‘pengiraan detik sudah bermula’ untuk persaraannya dengan pemain berusia 40 tahun itu dijangka akan mengucapkan selamat tinggal selepas kempen utama di Terbuka AS bermula akhir bulan ini.

    Serena memenangi perlawanan perseorangan per-tamanya dalam tempoh setahun apabila dia mengalahkan pemain Sepanyol, Nuria Parrizas Diaz pada pusingan pertama di Toronto minggu lalu.

    Dalam perlawanan pertamanya selepas pengumuman itu, Serena tewas straight set kepada pemenang pingat emas Olimpik Tokyo dari Switzerland, Belinda Bencic di pusingan kedua. Serena akan menghadapi satu lagi laluan sukar di Cincinnati di mana dia menjadi juara sebanyak dua kali.

    Pemenang antara Serena-Emma akan berdepan sama ada pemain di ranking 20, Victoria Azarenka atau pemain di rangking ke-31 Kaia Kanepi dari Estonia. – AFP

    Aksi Serena Williams mengembalikan bola kepada Belinda Bencic semasa kejohanan Terbuka National Bank di Stadium Sobeys di Toronto, Ontario, Kanada pada 10 Ogos lalu. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pengawal dari Pakistan tuntut kewarganegaraan

    SYDNEY, 18 APRIL - Perdana menteri Australia hari ini berkata beliau akan mempertimbangkan untuk memberikan kewarganegaraan kepada seorang pengawal keselamatan Pakistan yang cedera dalam...