Friday, August 19, 2022
30.5 C
Brunei

Serena bimbang kehilangan bintang tenis China

-

LOS ANGELES, 19 NOV – Serena Williams meluahkan rasa bimbang terhadap bintang China, Peng Shuai yang kehilangannya diselubungi misteri sejak mendakwa seorang ahli politik China menyerangnya secara seksual.

“Saya terkejut mendengar berita mengenai rakan saya, Peng Shuai,” kata bekas pemain nombor satu dunia itu di Twitter. “Saya berharap dia berada dalam keadaan selamat dan dijumpai secepat mungkin. Perkara ini perlu disiasat dan kita tidak harus berdiam diri.”

Williams turut meletakkan gambar Peng yang sedang tersenyum dengan kapsyen #WhereIsPengShuai.

“Menyampaikan kasih sayang kepada dia dan keluarganya pada masa amat sukar ini,” tambah Williams.

Peng, 35, bekas juara acara beregu Terbuka Wimbledon dan Perancis, mendakwa di laman media sosial China, Weibo awal bulan ini bahawa bekas Timbalan Perdana Menteri, Zhang Gaoli memaksanya melakukan hubungan seks semasa hubungan jangka panjang mereka.

Bagaimanapun dakwaan itu pantas dipadam di platform seakan Twitter itu dan dia tidak pernah dilihat sejak itu sekali gus menimbulkan kebimbangan yang semakin meningkat terhadap keselamatannya.

Pada Rabu lalu, stesen CGTN yang dikendalikan oleh kerajaan China memaparkan tangkap layar di Twitter mengenai e-mel yang didakwa ditulis oleh Peng kepada pengerusi Jelajah WTA, Steve Simon dan pegawai WTA yang lain.

Dalam e-mel itu, Peng mendakwa bahawa tuduhan penderaan seksualnya yang dikatakan sebelum ini adalah tidak benar dan dia sedang berehat di rumah sekarang serta semuanya berada dalam keadaan baik.

Bagaimanapun ramai yang meragui kesahihan e-mel itu adalah daripada Peng sendiri. – AFP

Gambar fail menunjukkan Peng Shuai mengembalikan bola kepada Sara Sorribes Tormo dari Sepanyol semasa perlawanan perseorangan tenis Terbuka WTA Tianjin di Tianjin. – AFP
- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Darurat banjir di wilayah pulau selatan New Zealand

WELLINGTON, 18 OGOS – Wilayah Pantai Barat dan Nelson-Tasman di Pulau Selatan New Zealand dilanda hujan lebat dan banjir. Darurat tempatan masih kekal di kawasan...
- Advertisment -