Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Serena mara pusingan ketigaTerbuka AS

    NEW YORK, 1 SEPT – Serena Williams mara ke pusingan ketiga Terbuka Amerika Syarikat (AS) selepas mengetepikan pilihan kedua, Anett Kontaveit apabila mempamerkan aksi mengagumkan bagi meneruskan kariernya dalam saingan Grand Slam dengan penuh dramatik.

    Ikon tenis berusia 40 tahun itu, yang memberikan isyarat akan bersara selepas kejohanan ini, memanfaatkan semua ketabahan dan semangat juangnya untuk menundukkan Anett 7-6 (7/4), 2-6, 6-2 di Stadium Arthur Ashe.

    Anett sebelum itu nampak berjaya mengatasi juara perseorangan Grand Slam sebanyak 23 kali itu selepas menyamakan kedudukan 1-1 dengan persembahan dominan di set kedua.

    Bagaimanapun, Serena menunjukkan mentaliti juaranya untuk menarik balik momentum dalam penentuan, mematahkan servis Anett sebanyak dua kali sebelum mengesah kemenangan di hadapan peminat yang hadir.

    “Awda semua tahu saya sudah memberikan segala yang terbaik.

    “Saya menyukai cabaran dan suka mencipta cabaran. Saya tidak beraksi banyak perlawanan namun saya berlatih dengan baik sekali,” katanya.

    “Tetapi di sini ia berbeza. Saya rasa saya sudah menang, secara kiasan, mental. Ia perkara cukup hebat yang saya lakukan.”

    Williams pertama kali bermain di Terbuka AS pada 1998 dan memenangi kejuaraan utama pertamanya pada kejohanan itu setahun kemudian ketika dia baru berusia 17 tahun.

    Tetapi Terbuka AS ini dijangka menjadi yang terakhir dalam kerjayanya yang telah membolot 73 gelaran serta kekayaan peribadi dianggarkan berjumlah AS$250 juta.

    “Tidak tergesa-gesa,” kata Serena di gelanggang apabila diingatkan bahawa dia telah mengisytiharkan dirinya berada pada peringkat akhir kerjayanya. – AFP

    Serena Williams (kanan) bercakap kepada media selepas menewaskan Anett Kontaveit, dari Estonia, dalam pusingan kedua kejohanan tenis Terbuka AS di New York, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...