Serena, Murray menang pusingan pertama terbuka AS

NEW YORK, 2 SEPT – Usaha Serena Williams untuk memenangi rekod Grand Slam ke-24 bermula sementara Andy Murray pula mencatat kepulangan bersejarah pada kejohanan Terbuka AS semalam.

Pemenang enam kali Williams menewaskan pemain pilihan ke-96 Kristie Ahn selepas Murray bangkit daripada dua set untuk memenangi perlawanan lima set dalam kejohanan perseorangan pertama Slam dalam 18 bulan.

Kedua-dua pemain itu mara ke pusingan kedua pada hari kedua Terbuka AS yang tidak dikenali dari kejohanan sebelumnya, tanpa penonton dan dengan langkah ketat untuk mengekang jangkitan COVID-19.

Williams menewaskan Ahn 7-5, 6-3 apabila dia memulakan usaha terbaharunya untuk menyamakan kejuaraan Grand Slam yang dimenangi Margaret Court dengan kemenangan straight-set di Flushing Meadows.

Pemain berusia 38 tahun itu mengatasi kekalahan perlawanan servis pertamanya dalam set pembukaan untuk mara ke pusingan seterusnya di Stadium Arthur Ashe yang kosong, di mana kerja seni oleh artis kulit hitam dipamerkan sebagai memperingati gerakan ‘Black Lives Matter’ menentang ketidakadilan perkauman.

Reaksi Serena Williams selepas menewaskan Kristie Ahn dalam pusingan pertama kejohanan tenis Terbuka AS di New York pada 1 September 2020. – AP

“Saya sungguh gembira dengan cara saya melawan untuk setiap mata tidak kira bagaimana saya bermain,” kata Williams. Sudah lebih tiga tahun sejak Williams memenangi kejuaraan Grand Slam ke-23 di Terbuka Australia 2017.

Sementara itu, Murray memperoleh kemenangan 4-6,4-6, 7-6 (7-5), 7-6 (7/4), 6-4 dalam pertemuan empat jam dan 39 minit menentang pemain ke-49 Jepun Yoshihito Nishioka.

Pemain Scotland itu, yang tidak bermain pada 2020, berkata dia banyak mempelajari mengenai keadaan fizikalnya dan pinggul besi yang diterima semasa pembedahan pada tahun lalu.

“Saya baru sahaja bermain dalam perlawanan empat setengah jam apabila saya fikir saya tidak dapat melakukannya,” beritahunya kepada wartawan.

“Saya tidak akan duduk di sini dengan pinggul sakit. Saya akan tidur lena malam ini,” tambah Murray. – AFP