Serena sedia untuk Terbuka AS, penganjur janji keselamatan semua

NEW YORK, 18 JUN – Serena Williams bertekad untuk bermain di Terbuka AS tahun ini kerana pegawai Persatuan Tenis AS berjanji mereka dapat menganjurkan kejohanan itu dengan aman dan merupakan Grand Slam pertama sejak penutupannya akibat wabak COVID-19.

Dengan beberapa bintang tenis lelaki yang mempersoalkan dan meragui kejohanan itu, USTA mengatakan acara itu akan diadakan pada 31 Ogos hingga 13 September tanpa penonton di Pusat Tenis Nasional New York, yang mana pada bulan April lalu tempat itu dijadikan sebagai kemudahan hospital sementara untuk memerangi wabak COVID-19.

“Saya benar-benar tidak sabar untuk kembali ke Terbuka AS 2020,” kata Serena Williams dalam pesanan video. “Saya fikir USTA akan melakukan tugasan yang sangat baik untuk memastikan semua orang akan selamat.

“Ini hebat. Saya teruja.”

Kejohanan dua minggu sekali di Flushing Meadows itu adalah acara Grand Slam pertama diadakan sejak wabak virus menjejaskan sukan global.

Wimbledon dibatalkan dan Terbuka Perancis ditangguhkan hingga September. – AFP

Serena Williams pada kejohana yang lalu, Serena berkata dia benar-benar tidak sabar untuk kembali ke Terbuka AS 2020. – AFP