Serene mara meski bergelut

LONDON, 10 JULAI – Juara tujuh kali Serena Williams hanya dua kemenangan lagi untuk menyamai rekod 24 gelaran Grand Slam Margaret Court namun dia kelihatan bergelut dalam perlawanan suku akhir Wimbledon menentang Alison Riske semalam.

Pemain berusia 37 tahun itu, yang merekodkan kemenangan ke-97 di Wimbledon untuk melonjak ke kedudukan kedua dalam senarai sepanjang masa wanita, diberikan tekanan oleh rakan senegaranya sebelum bangkit untuk menang 6-4, 4-6, 6-3 dalam tempoh dua jam.

Pemain yang akan menjadi penghalang di separuh akhirmya yang ke-12 Wimbledon ialah pemain veteran dari Czech, Barbora Strycova.

Serena berkata dia tidak akan memandang rendah lawannya itu kerana Strycova telah menyingkirkan pemain pilihan keempat dalam laluannya ke separuh akhir.

“Dia bagus di atas gelanggang rumput,” kata Williams mengenai Strycova.

“Dia tahu apa yang perlu dilakukan dan mempunyai permainan yang lengkap. Dia sangat licik dan setentunya tidak akan mudah. Tetapi ia sesuatu yang saya tidak sabar untuk hadapi,” jelas Williams.

Ia membuktikan mengenai sukarnya meramal dalam acara wanita, di mana Williams merupakan satu-satunya pemain dalam peringkat lapan terakhir yang mara ke peringkat sama tahun lepas. – AFP

Serena Williams meraikan kemenangannya ke atas Riske dalam saingan suku akhir Wimbledon di London. – AP