Serge Aurier sertai Villarreal

MADRID, 5 OKT – Villarreal telah menandatangani bekas pemain pertahanan Tottenham dan Paris Saint-Germain, Serge Aurier dengan perpindahan percuma, kelab Sepanyol itu mengumumkan kelmarin.

Aurier akan bergabung dengan pasukan itu hingga akhir musim, dengan kelab dan pemain mempunyai pilihan untuk melanjutkan kontrak perjanjian selama dua tahun lagi.

Pemain berusia 28 tahun itu adalah ejen bebas setelah kontraknya di Tottenham ditamatkan pada bulan Ogos lalu. Dia sebelumnya bermain di bawah jurulatih Villarreal, Unai Emery di PSG, di mana mereka menghabiskan musim 2016-17 bersama. Dalam satu kenyataan kelab, Villarreal menggambarkan Aurier sebagai ‘pertahanan yang hebat secara fizikal. Dia menonjolkan kekuatan, kepantasan dan kemampuannya untuk menyertai serangan. Dia adalah pemain serba boleh yang cenderung bermain di pertahanan kanan, tetapi dia juga boleh bermain di bahagian pertahanan tengah.”

Pemain kelahiran Ivory Coast itu telah dipanggil untuk dua kelayakan Piala Dunia menentang Malawi, dengan Villarreal mengatakan dia akan bergabung dengan kelab baharunya setelah perlawanan antarabangsa. Aurier membuat 77 penampilan liga untuk Tottenham tetapi tidak disukai di bawah kendalian Mauricio Pochettino dan kemudian Jose Mourinho setelah beraksi beberapa perlawanan.

Dia akan bersaing untuk mendapatkan tempat di pertahanan kanan dengan Juan Foyth di Villarreal, yang menduduki tempat ke-11 di La Liga, walaupun merupakan satu-satunya pasukan yang belum kalah di liga. – AFP