MANCHESTER, 13 Okt – Sergio Aguero mungkin kembali cergas unutk memberikan Manchester City rangsangan ketika mereka mahu mengekalkan kedudukan di persada Liga Perdana dengan kemenangan ke atas Stoke City Sabtu ini.
Penyerang itu, yang kurang satu gol bagi menyaingi rekod jaringan sepanjang masa kelab, mengalami patah tulang rusuk apabila teksi yang dinaikinya terlanggar tiang lampu di Amsterdam pada 28 September.
Doktor pasukan kebangsaan Argentina, Donato Villani mencadangkan Aguero direhatkan selama enam minggu susulan kemalangan itu, namun penyerang itu dilihat menjalani latihan pada hari Selasa. City berwaspada sekiranya mahu menurunkan penyerang itu dengan tergesa-gesa, kerana satu hentakan kuat pada tulang rusuk itu mungkin memberikan lebih banyak kemudaratan jika kecederaan itu tidak pulih sebaiknya, dan tidak akan membuat keputusan mengenai aksi kembalinya dengan tergesa-gesa.
Enam gol dalam lima perlawanan pada bulan September telah menjadikan gol Aguero kepada 176 musim ini, dan satu lagi gol untuk menyaingi rekod City, yang dicipta oleh Eric Brook antara tahun 1928 dan 1939. Jika Aguero tidak dapat diturunkan, City akan berharap bahawa Gabriel Jesus untuk menemui semula prestasinya di kelab itu selepas tiga perlawanan tanpa gol, rentetan terpanjangnya sejak tiba di City dari Palmeiras pada bulan Januari. – AFP