Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Sergio Perez manfaatkan peluang raih petak hadapan

    JEDDAH, ARAB SAUDI, 19 MAC – Sergio Perez berkata jenteranya ‘kembali bertenaga’ kelmarin selepas dia memanfaatkan kesilapan rakan sepasukannya di Red Bull, Max Verstappen untuk meraih petak hadapan kedua dalam kariernya dalam pusingan kelayakan Grand Prix Arab Saudi.

    ]Pemandu berusia 33 tahun dari Mexico kembali mencabar selepas menewaskan juara dunia, Versteppen, yang tersingkir kerana mengalami kerosakan dalam kelayakan kedua selepas mendominasi kesemua tiga sesi ujian.

    Dia mencatatkan masa terbaik iaitu 1 minit 28.265 saat dan menewaskan pemandu Ferarri, Charles Leclerc, yang dikenakan penalti petak ke-10, dengan perbezaan 0.155 saat dalam pusingan terakhir di sesi kelayakan yang sengit.

    Ia merupakan petak kedua berturut-turut buat Perez di litar Jeddah.

    “Ia sedikit rumit di pusingan kelayakan ketiga,” kata Perez. “Terutama mendapatkan pusingan kedua dan menghabiskan pusingan membuatkan saya merasakan jentera Formula Satu kembali bertenaga di litar ini. Memaksimumkan pusingan adalah sangat penting.

    Aksi Sergio Perez semasa pusingan kelayakan Grand Prix Arab Saudi, baru-baru ini. – AP

    “Max kurang bernasib baik kerana dia beraksi sangat baik sepanjang hujung minggu. Saya berharap esok kami boleh beraksi dan kita tidak tahu kerana isu jentera boleh berlaku bila-bila masa.”

    Jentera Verstappen terhenti di kelayakan kedua, memaksanya untuk menarik diri. Dia akan memulakan perlumbaan di petak ke-15.

    “Ia berlaku tanpa amaran dan kami tidak pernah mengalami masalah seperti itu sebelum ini,” kata Verstappen. “Ia kali pertama berlaku. Sangat mengecewakan kerana saya mengharungi hujung minggu yang bagus.

    “Ia akan menjadi rumit untuk berada di hadapan jadi saya perlu menumpukan perhatian mendapatkan mata, semua tidak mustahil di atas litar.”– AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...