SEVILLE, 5 SEPTEMBER – Bekas pemain pertahanan Sepanyol, Sergio Ramos telah melengkapkan kepulangannya ke Sevilla pada kelmarin, 18 tahun selepas dia meninggalkan kelab itu untuk menyertai Real Madrid.
Ramos yang berusia 37 tahun telah menandatangani kontrak selama setahunbdengan Sevilla selepas kontraknya di Paris Saint-Germain tamat.
Ramos dilahirkan beberapa kilometer dari Sevilla dan menyertai akademinya pada usia seawal tujuh tahun. – AP
