Tuesday, January 21, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Seri bagus untuk semua – Deschamps

    MOSCOW, 27 Jun – Jurulatih Perancis, Didier Deschamps dengan segera menukar fokusnya terhadap ‘persaingan kedua’ pada Piala Dunia selepas pasukannya mengungguli kedudukan teratas dalam Kumpulan C berikutan keputusan seri 0-0 menentang Denmark di Moscow.

    Perancis bakal menghadapi Argentina di peringkat 16 pasukan terakhir, apabila Argentina yang diterajui Lionel Messi muncul pemenang dengan menewaskan Nigeria dan berada di tangga kedua dalam Kumpulan D.

    “Terdapat persaingan kedua yang akan bermula, 16 pasukan terakhir adalah penyingkiran terus,” kata Deschamps.

    “Terdapat gunung di depan kami sekarang. Tetapi kami ada di sana dan kami memiliki hasrat penuh untuk pergi ke peringkat seterusnya.” Perancis hanya menjaringkan tiga kali dalam tiga perlawanan di Rusia, termasuk sepakan penalti dan jaringan sendiri, dan satu lagi persembahan hambar dari salah satu pasukan pilihan yang memenangi gelaran.

    Reaksi Didier Deschamps semasa aksi Denmark dan Perancis. – AP

    “Tujuan telah dicapai, perkara penting adalah untuk mengungguli kumpulan,” kata Deschamps selepas Perancis bergelut untuk menembusi pertahanan kental Denmark.

    “Ia bukanlah perlawanan yang menarik kerana pasukan Denmark dalam keadaan bagus untuk hanya seri kerana mereka akan layak.”

    “Kami cuba untuk menang,” tambah Deschamps. “Pada akhirnya, apabila mereka berhenti datang kepada kami, perlawanan dineutralkan bagi suku jam akhir.

    “Satu mata dengan keputusan seri adalah cukup bagus bagi mereka. Kami tidak akan menanggung risiko kerana keputusan ini adalah bagus bagi semua orang. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda