Serie A mulakan latihan 18 Mei

ROM, 27 APRIL – Hampir tujuh minggu lepas perlawanan terakhir berlangsung, Liga utama Itali akhirnya mempunyai tarikh sasaran untuk meneruskan semula latihan.

Perdana Menteri Guiseppe Conte mengumumkan kelmarin bahawa pasukan profesional sukan boleh menyambung latihan pada 18 Mei, sementara sukan individu boleh memulakan latihan pada 4 Mei.

Ini bermakna liga Serie A mungkin disambung perlawanannya pada bulan Jun – tetapi tanpa kehadiran peminat di stadium.

Conter berkata bermula hari ini, Menteri Sukan, Vicenzo Spadafora ‘akan bekerja keras bersama sistem bola sepak, sukan profesional secara amnya, untuk mencari jalan yang sebahagianya telah ditetapkan untuk meneruskan latihan individu pada 4 Mei dan pasukan pada 18 Mei.

“Kemudian kami akan menila jika keadaan mengizinkan liga yang telah digantung supaya disambung semula,” tambah Conte.

Gambar fail 8 Mac 2020 menunjukkan stadium San Siro yang kosong semasa perlawanan bola sepak Serie A antara AC Milan dan Genoa. Perdana Menteri Guiseppe Conte mengumumkan kelmarin bahawa pasukan profesional sukan boleh menyambung latihan pada 18 Mei.- AP

Serie A telah digantung sejak 9 Mac, apabila kerajaan mengarahkan perintah berkurung di seluruh negara kerana koronavirus.

Itali menjadi negara pertama di Eropah yang dilanda penularan virus, dan angka rasmi kematian berjumlah 26,600 orang dan berada di belakang AS dalam jumlah kematian global.

“Sebagai seorang peminat bola sepak seperti kebanyakan orang Itali, pada mulanya ia kelihatan pelik bagi saya bahawa musim ini mungkin diganggu atau digantungkan,” kata Conte. “Tetapi dengan jelas kita terlibat dalam darurat kesihatan, sosial dan ekonomi. Dan saya rasa semua orang, termasuk peminat tegar, memahami tidak adanya jalan alternatif.

Sebanyak 12 baki perlawanan dalam Serie A, dan empat perlawanan lagi telah ditunda dari perlawanan ke-25, Piala Itali telah digantungkan selepas pusingan pertama separuh akhir.

Sekurang-kurangnya 15 orang pemain Serie A telah diuji positif COVID-19. Kebanyakan pemain yang dijangkiti telah pulih, walaupun penjaring gol pasukan simpanan Atlanta, Macro Sportiello masih positif pada Rabu lalu, menurut agensi berita ANSA. – AP