Serie A tekad habiskan perlawanan musim ini

MILAN, 21 APRIL – Serie A bertekad kelmarin bahawa mereka komited untuk menghabiskan musim ini meskipun dilaporkan tujuh buah kelab menentang keputusan untuk kembali dengan pandemik koronavirus berterusan melanda Itali.

“Majlis Lega Serie A telah mengadakan perjumpaan hari ini dengan sebulat suara mengesahkan niat mereka untuk menghabiskan musim 2019-2020, jika kerajaan membenarkan untuk diadakan,” liga utama Itali berkata.

Ia menambah bahawa jika perlawanan disambung ‘mengikut peraturan yang ditetapkan oleh FIFA dan UEFA’ dan Persatuan Bola sepak Itali (FIGC), dan ‘mengikut protokol perubatan untuk menjaga pemain’.

Brescia, Torino, Sampdoria, Udinese, SPAL, Genoa dan pasukan dari Sardinian, Caligari, tidak mahu bermain kerana ‘risiko tinggi’ menyambung semula perlawanan, menurut laporan Itali.

Enam buah kelab tersebut terletak di Utara Itali, kawasan yang paling teruk dilanda yang mana telah mencatatkan lebih dari 24,000 kematian. – AFP