Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Serik kena kecam, Aisar Khaled ingin fokus jadi pelakon

    Enggan lagi terpalit dengan kontroversi, influencer Aisar Khaled berazam menjadi lebih matang dan berfikir terlebih dahulu sebelum memuat naik sesuatu kandungan dalam media sosial.

    Menurut Aisar, 22, pengalaman lalu mengajarnya untuk menjadi lebih peka dengan persekitaran dan tidak melakukan sesuatu tindakan yang hanya akan memberi kesan buruk kepada karier seninya yang baru bermula.

    “Semua kandungan sebelum ini adalah atas kesilapan saya sendiri, saya banyak belajar dari pengalaman. Saya jadikan hidup ini sebagai pengajaran untuk tidak buat lagi kesilapan sama dan jadi lebih matang untuk masa depan.

    “Sebelum nak buat sesuatu saya kena fikir masak-masak dahulu, lagi pun kontroversi sebelum ini memang tidak dirancang, tidak pernah terfikir pula hendak tular,” katanya kepada mStar.

    Aisar ditemui semasa tayangan perdana filem Gila Gusti yang diadakan di TGV One Utama, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

    Aisar Khaled berazam menjadi lebih matang dan berfikir terlebih dahulu sebelum memuat naik sesuatu content di media sosial. – Agensi

    Sebelum ini Aisar sering menerima kecaman warganet kerana tindakannya memuat naik content di YouTube menimbulkan rasa kurang senang warganet antaranya kontroversi khinzir air, melawat kubur penyanyi Siti Sarah, bersolat di luar stesen minyak dan memeluk pelakon Fify Azmi.

    “Saya ingin minta maaf atas apa kesilapan yang saya pernah buat, saya terima semua teguran itu dengan hati terbuka.

    “Walaupun mereka kata macam-macam tapi saya tetap memaafkan mereka. Teruskan memberi sokongan kepada saya.

    “Jangan benci terlalu lama kerana kehidupan ini adalah sebuah perjalanan dan kita kena terus belajar,” ujarnya.

    Dalam perkembangan lain, Aisar meluahkan rasa syukur apabila diberi peluang melebarkan sayap lakonannya menerusi filem Gila Gusti.

    “Saya tidak meletakkan harapan yang tinggi dalam filem ini namun berharap agar filem ini menerima sokongan ramai dan penonton enjoy dengan jalan cerita yang sesuai untuk semua lapisan masyarakat,” katanya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...