Serikandi dan anak-anak syarikat serah zakat

Oleh Daniel Lim

BELAIT, 21 MEI – Dalam melaksanakan tanggungjawabnya, Syarikat Serikandi dan anak-anak syarikatnya telah menyerahkan zakat perniagaan berjumlah $30,325.25 di Pejabat Hal Ehwal Masjid, hari ini.

Zakat berkenaan telah diserahkan oleh Pengerusi dan Pengarah Urusan, Shaikh Khalid bin Shaikh Haji Ahmad Al-Hijazi dan diterima oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid Daerah Belait, Haji Haslan bin Haji Shahbudin.

Pembayaran zakat berkenaan merangkumi bagi Serikandi Oil Field Services Sdn Bhd berjumlah $20,710, Serikandi Management Services sebanyak $1,210, Serikandi Cafe & Restaurant $6,205, Jisco TBR Marine Sdn Bhd $2,200 dan Ya-Nur Trading Company Sdn Bhd berjumlah $13,354.39.

Shaikh Khalid ketika menyerahkan zakat perniagaan di Pejabat Hal Ehwal Masjid. – Gambar serahan Serikandi GoC