Friday, December 6, 2024
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Serikandi EDS raikan tiga juta jam tanpa LTI

    Oleh Daniel Lim –

    BELAIT, 29 NOV – Serikandi Engineering Design Services (EDS) meraikan peristiwa penting bagi syarikat itu apabila mereka mencapai tiga juta jam tanpa kecederaan waktu kerja (LTI), baru-baru ini. 
     
    Hadir selaku tetamu kehormat bagi majlis yang berlangsung di Dewan Cenderawasih, Kelab Rekreasi Brunei Shell (BSRC) itu ialah Pengerusi dan Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Serikandi (SKG), Shaikh Khalid bin Shaikh Haji Ahmad.
     
    Majlis  itu mencerminkan  komitmen syarikat terhadap keselamatan dan kecemerlangan operasi sambil menyerlahkan dedikasi yang dibuat oleh tenaga kerja melalui program latihan keselamatan yang mantap mematuhi piawaian keselamatan terkemuka dalam industri.
     
    Selain menganjurkan majlis memotong kek untuk meraikan kejayaan itu, beberapa anugerah pengiktirafan turut disampaikan kepada kakitangan utama yang mempamerkan standard keselamatan yang tinggi dalam bekerjasama dengan kakitangan dan pelanggan bagi memastikan semua orang pulang ke rumah dengan selamat setiap hari. EDS mengucapkan terima kasih kepada pekerja, rakan kongsi dan pelanggannya atas komitmen dan sokongan bersama mereka dalam mencapai kejayaan tersebut.
     
    Syarikat itu juga berharap untuk membina kejayaan berkenaan ketika ia terus berusaha ke arah tempat kerja sifar kecederaan dengan memperkasakan pekerja di semua peringkat untuk mengambil tanggungjawab keselamatan.
    Warga Serikandi EDS bergambar ramai semasa acara tersebut. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    ATAS & BAWAH : Salah seorang penerima yang menerima anugerah pada acara itu. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda