Serlah bakat dalam peraduan menulis cerpen, kritikan sastera

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 NOV – Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Brunei meng-alu-alukan para penulis tempatan untuk menyertai Peraduan Menulis Cerpen dan Kritikan Sastera Bahana DBP 2021-2022 sempena Bulan Bahasa 2021.

Menurut DBP, peraduan itu dibahagikan kepada dua kategori iaitu Kategori Cerpen, genre penulisan kreatif hasil gabungan estetika dengan persoalan yang dikemukakan oleh para penulis dan Kategori Kritikan Sastera, genre non-kreatif yang mendefinisikan, menyoroti, menilai, membincangkan dan menghurai sesebuah karya kreatif.

Sehubungan itu, rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam yang berumur 18 tahun ke atas dialu-alukan untuk menyertai peraduan berkenaan. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 31 Mac 2022, pukul 4 petang.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai peraduan berkenaan boleh menghubungi Urus Setia Peraduan Menulis Cerpen dan Kritikan Sastera Bahana DBP 2021-2022 melalui talian 2382511 sambungan 138,145 dan 224.