Friday, April 19, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Serlah bakat pelajar berpidato

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 OGOS – Dayang Fatin Noor Hasibah binti Noor Aflan dan Matthew Abel Robles Filio muncul juara bagi kategori masing-masing dalam Pertandingan Pidato Multimedia yang berlangsung di Dewan Kuliah, Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah (Maktab Duli) pada 27 Julai lalu.

    Pertandingan tahunan anjuran Jawatankuasa Eksekutif Hubungan Awam, Majlis Perwakilan Pelajar, Maktab Duli yang dikendalikan dalam dua kategori iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris itu telah dihadiri oleh Pengetua Maktab Duli, Dayangku Nooramaliatifah binti Pengiran Haji Ahmad.

    Turut hadir ialah kumpulan pentadbiran, tutor serta pelajar-pelajar maktab berkenaan.

    Majlis terdahulu dimulakan dengan para finalis Kategori Bahasa Melayu menyampaikan pidato mereka dan diikuti oleh para finalis Kategori Bahasa Inggeris.

    Majlis kemudian menyaksikan penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan bagi kedua-dua kategori dengan Dayang Fatin Noor Hasibah juara Kategori Bahasa Melayu, manakala Matthew Abel Robles Filion juara Kategori Bahasa Inggeris.

    Pertandingan itu bermatlamat untuk memberikan peluang kepada para pelajar untuk menerokai dan mengetengahkan bakat masing-masing dengan menggunakan multimedia untuk melengkapkan penyampaian pidato masing-masing.

    Ia juga memberi peluang untuk mengetengahkan idea atau maklumat utama untuk menjawab soalan Bagaimana Pengajian Tinggi Menyumbang kepada Wawasan Brunei 2035.

    Dayangku Nooramaliatifah menyampaikan hadiah kepada juara Kategori Bahasa Inggeris Pertandingan Pidato Multimedia.
    – Gambar serahan Maktab Duli
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...