Thursday, April 24, 2025
29.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sertai gabungan IS, dipenjara 10 tahun

    DUBAI, Emiriah Arab Bersatu, 16 Mac – Mahkamah rayuan persekutuan Abu Dhabi telah menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun ke atas seorang warga Emiriah kerana menyertai gabungan kumpulan Islamic State di Yaman.

    Agensi berita WAM milik kerajaan berkata hukuman itu telah dijatuhkan kelmarin dan warga Emiriah itu hanya dirujuk sebagai M.S.A.S.

    Dalam kes berasingan, WAM berkata seorang warga Emiriah yang dikenali sebagai A.S.K telah dijatuhkan hukuman penjara kerana memiliki senjata api secara haram dan menyimpan dua bom, manakala seorang lagi dikenali sebagai A.K.A.A akan menjalani kaunseling dan ditegah membuat perjalanan keluar negara selama enam bulan.

    WAM juga melaporkan, mahkamah telah menjatuhkan hukuman kepada seorang warga Jordan, yang dirujuk sebagai T.H.M selama tiga tahun penjara dan denda 500,000 dirham (AS$135,875) kerana menghina ‘simbol negara’ dalam talian. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda