Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Sertai kejohanan renang anjuran BDSA

    Oleh Fadhil Yunus

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 DIS – Cucunda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Muhammad Aiman membuat kemunculan pertama dalam Kejohanan Renang Kumpulan Umur Kebangsaan Brunei Pertama yang diadakan di Sekolah Antarabangsa Brunei, Jalan Utama Salambigar, baru-baru ini.

    YTM Pengiran Muda Muhammad Aiman bersaing dalam acara 25 meter (m) kuak lentang dan 25m gaya bebas dalam kumpulan umur sembilan tahun. Sementara itu, perenang negara, Zeke Chan, Christian Nikles dan Hayley Wong mencatatkan lapan rekod kebangsaan baharu. Hayley Wong melakar empat rekod kebangsaan baharu dalam acara 50m kupu-kupu, 200m kupu-kupu, 200m kuak dada dan 400m medley individu. Bintang negara yang meningkat naik itu mencatatkan masa 29.51 saat (s) dalam acara 50m kupu-kupu, memadamkan rekod lamanya, 30.53s.

    Hayley Wong dan Zeke Chan juga memecahkan rekod kebangsaan dalam kebanyakan acara yang disertai mereka. Zeke Chan membaharui rekodnya dalam acara 200m gaya bebas dan 200m kuak lentang, manakala Christian Nikles memecahkan rekod kebangsaannya dalam acara 50m dan 100m gaya bebas.

    Secara keseluruhan, Kelab Renang Hammerhead muncul juara selepas mengutip 60 pingat emas, 58 perak dan 45 gangsa. Kelab Renang Mabohai berada di tempat kedua dengan 56 pingat emas, 40 perak dan 30 gangsa, diikuti oleh Kelab Renang Brunei Speed di tempat ketiga dengan 51 pingat emas, 29 perak dan 22 gangsa. Seramai 231 orang perenang menyertai kejohanan ini yang terdiri daripada 125 kanak-kanak lelaki dan 106 kanak-kanak perempuan. Sebanyak 11 buah kelab telah ikut serta yang melibatkan 1,364 acara individu dan 35 acara berganti-ganti. Kejohanan selama dua hari itu telah dianjurkan oleh Persatuan Renang Brunei Darussalam (BDSA).

    Aksi YTM Pengiran Muda Muhammad Aiman dalam Kejohanan Renang Kumpulan Umur Kebangsaan Brunei Pertama yang diadakan di Sekolah Antarabangsa Brunei, Jalan Utama Salambigar, baru-baru ini. – Gambar serahan BDSA
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...