Wednesday, October 4, 2023
23 C
Brunei

    -

    Sertai kempen derma darah

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 NOV – Orang ramai dialu-alukan untuk tampil membantu menambah bekalan darah yang diperlukan dengan menyertai kempen derma darah yang akan diadakan esok dan 19 November.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan, Pusat Pendermaan Darah, Jabatan Perkhidmatan Makmal, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) akan mengadakan kempen berkenaan di Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Kampung Pandan, Kuala Belait selaku penganjur bermula pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari esok.

    Manakala itu, pada 19 November, kempen akan diadakan di Dewan Pameran NBT Lexus, Gadong bermula 9 pagi hingga 2 petang.

    Dalam pada itu, tempahan slot derma darah melalui aplikasi BloodKad bagi kempen-kempen derma darah berkenaan adalah sangat digalakkan.

    Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut, boleh menghubungi Pusat Pendermaan Darah di talian 2242424 sambungan 5745, 6001 dan 6002 atau WhatsApp 8775745 dan 7375745 atau e-mel kepada bloodbank@moh.gov.bn dan ikuti Pusat Pendermaan Darah di Instagram dan Facebook, @bloodbank.ripas.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    24 mati dalam tempoh 24 jam di India

    NEW DELHI, 3 Oktober - Sekurang-kurangnya 24 pesakit, separuh daripadanya anak damit baru lahir telah meninggal dunia dalam tempoh 24 jam lepas di sebuah...