Seru pesakit sembuh COVID-19 derma plasma

BEIJING, 17 FEB – Para pegawai kesihatan China hari ini menggesa para pesakit yang telah sembuh dari koronavirus untuk menderma darah oleh itu  plasma tersebut boleh diekstrak untuk merawat pesakit yang kritikal.

Syarikat pengeluar ubat berlumba-lumba untuk menghasilkan vaksin dan rawatan bagi epidemik itu yang telah membunuh 1,770 orang dan menjejaskan lebih 70,500 orang di seluruh China.

Plasma daripada pesakit yang telah sembuh daripada wabak pneumonia yang dicetuskan oleh COVID-19 mengandungi antibodi yang boleh membantu mengurangkan jumlah virus dalam tubuh pesakit kritikal, kata pegawai dari Suruhanjaya Kesihatan Negara China memberitahu sidang media hari ini.

“Saya menyeru kepada semua pesakit yang sembuh untuk menderma plasma mereka oleh itu mereka dapat membawa harapan kepada pesakit kritikal,” kata Guo Yanhong, yang mengetuai jabatan pentadbiran perubatan NHC.

Seramai 11 pesakit di sebuah hospital di Wuhan – tempat tercetusnya penyakit itu – menerima penambahan plasma minggu lalu, kata Sun Yanrong, Pusat Biologi di Kementerian Sains dan Teknologi.

“Seorang pesakit (dalam kalangan mereka) sudah pun dibenarkan keluar, seorang lagi dapat bangun dan berjalan sementara yang lain sudah sembuh,” katanya.

Seruan itu muncul beberapa hari selepas pembuat produk perubatan milik kerajaan China melaporkan kejayaan keputusan daripada percubaannya di Hospital First People Wuhan.

Syarikat Kumpulan Biotec Kebangsaan China berkata dalam catatan akaun WeChat bahawa pesakit-pesakit kritikal menerima penambahan plasma menunjukkan ‘pemulihan dalam masa 24 jam’.

“Kajian klinikal menunjukkan bahawa penambahan plasma (daripada pesakit yang sembuh) adalah selamat dan efektif,” kata Sun. – AFP