Wednesday, April 24, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    ‘Sesak nafas akibat gas pemedih mata’

    MALANG, 2 OKT – Sam Gilang meluru ke pintu keluar stadium bola sepak Indonesia bersama ribuan penonton lain ketika polis menembak gas pemedih mata dan memukul peminat dengan belantan, mencetuskan kejadian rempuhan yang meragut sekurang-kurangnya 174 nyawa.

    “Orang ramai berhimpit-himpit dan ramai yang jatuh dipijak-pijak semasa berlari ke pintu keluar,” beritahu lelaki berusia 22 tahun itu kepada AFP.

    “Ia sungguh menakutkan. Mata saya pedih disebabkan gas pemedih mata. Nasib baik saya sempat memanjat pagar dan berjaya keluar,” katanya.

    Tragedi pada malam Sabtu itu, yang berlaku semasa perlawanan Liga 1 Indonesia antara Arema FC (Arema) dan Persebaya Surabaya (Persebaya) turut menyebabkan lebih 180 mangsa mengalami kecederaan.

    Ia adalah antara kemalangan terburuk di dunia membabitkan stadium sukan.

    Penyokong Arema yang tidak berpuas hati selepas pasukan mereka tewas 3-2, menceroboh ke dalam padang dan memaksa anggota polis menembak gas pemedih mata.

    Ia adalah kekalahan pertama Arema kepada seteru utama itu dalam tempoh lebih dua dekad.

    Tembakan gas pemedih mata menyebabkan penyokong bertempiaran lari sehingga ada yang terkorban akibat terjatuh dan dipijak.

    “Mereka berebut-rebut keluar melalui satu pintu saja. Akibat terlalu sesak, ada yang tidak dapat bernafas dan tidak cukup oksigen,” kata ketua polis Jawa Timur, Nico Afinta. – AFP/Bernama

    Orang ramai mengusung seorang lelaki selepas perlawanan bola sepak antara Arema FC dan Persebaya Surabaya bertukar ganas di Stadium Kanjuruhan di Malang, Jawa Timur, Indonesia. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Dua gempa berukuran 6 dan 6.3 magnitud landa timur Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Dua gempa bumi berukuran 6 dan 6.3 magnitud melanda tengah Daerah Hualien di timur Taiwan masing-masing pada 2:26 pagi dan 2:32 pagi ini,...