‘Sesame street’ hibur kanak-kanak Syria

NEW YORK – Sejak beberapa tahun kebelakangan Sesame Street telah banyak kali turun padang membantu dalam kerja-kerja amal seperti anak-anak yatim. Perancangan terbaharu mereka sekarang ialah berusaha berganding bahu untuk membantu kanak-kanak di Syria yang dalam kesusahan akibat perang saudara yang berlaku di negara timur tengah itu sebelum ini.

Badan persatuan Sesame Workshop, menyediakan program terbaharu mereka berunsurkan pendidikan dalam rancangan Sesame Street dilancarkan oleh siaran televisyen tempatan Arab TV untuk ratusan ribu penonton kanak-kanak yang terjejas akibat peperangan di Syria, Iraq, Jordan dan Lubnan.

“Perkara yang paling penting untuk menjayakan rancangan program TV ini untuk menghiburkan kanak-kanak di wilayah ini yang telah mengalami trauma akibat kesan daripada peperangan itu dan memberi pendidikan secara tidak langsung kepada mereka,” Sherrie Westen selaku presiden Impak Sosial dan Kedermawanan di Produksi Sesame berkata.

“Ahlan Simsim” dalam Bahasa Arab yang bermaksud selamat datang ke Sesame, rancangan TV itu yang akan menampilkan animasi muppet dikenali ramai terdiri daripada Elmo, Cookie Monster dan Grover serta dua penampilan muppet baharu iaitu Jad si budak raksasa yang telah meninggalkan tempat tinggalnya dan Basma si budak perempuan raksasa berwarna ungu yang akan menjadi sahabat kepada pemuda asing dan tambahan yang menarik seekor kambing bernama Ma’zooza.

Rancangan yang berdurasi selama 26 minit itu akan memberi satu pengalaman dalam mengembangkan ekspresi menarik untuk semua kanak-kanak yang menonton, lebih-lebih lagi mengandungi menghilangkan rasa trauma dan mengajar kemahiran emosi seperti merasa marah, ketakutan, kekecewaan, kesunyian dan rasa gementar. Terdapat satu episod di mana Basma mengongsikan permainannya bersama Jad apabila meninggalkannya. Manakala terdapat strategi memasukkan babak pernafasan dan seni ekspresi.

Pelakon Rami Delshad bersama karakter-karakter Sesame Street yang akan boleh ditonton ratusan ribu kanak-kanak Syria, Iraq, Jordan dan Lubnan. – AP
Karakter-karakter dari rancangan animasi Sesame Street dari kiri Jad, Ma’zooza, Basma, Grover, Cookie Monster dan Elmo yang akan disiarkan di program TV Arab Welcome Sesame. – AP

Pelbagai program rancangan lagi pada babak kedua episod Sesame yang mempamerkan animasi-animasi mereka untuk menarik selebriti tempatan dan penonton dewasa demi menyampaikan pesanan nasihat kepada orang ramai.

“Babak melucukan sudah semestinya menjadi keutamaan semangat Sesame,” jelas Khaled Haddad selaku penerbit eksekutif.

Rancangan program ‘Ahlan Simsim’ ini akan mula ditayangkan pada 2 Februari di siaran MBC3, salah satu penyiar televisyen Arab yang mempu ditonton sebanyak 20 buah negara di Utara Afrika, Teluk Arab dan Levant serta boleh juga ditonton melalui aplikasi YouTube dan siaran TV tempatan.

Produksi ini diterbitkan di Kota Amman Jordan, kerjasama daripada penulis-penulis dan pelakon-pelakon tempatan dan menggunakan bahasa Jordan dan Saudi.

Sasaran Sesame Workshop ialah kanak-kanak berusia tiga ke lapan tahun. Di samping itu, rancangan TV ini tidak mengandungi unsur-unsur politik, isu sosial mahupun keugamaan.

Sejak berlakunya perang saudara pada tahun 2011, lebih lima juta kanak-kanak terbiar di negara Syria menurut Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Sesame Street sudah lama disiarkan di Timur Tengah bermula dengan rancangan pertamanya “Iftah Ya Simsim” pada tahun 1979 di Kuwait, diikuti oleh Mesir, Jordan dan Palestin. – AP