Sesame Street sudah 50 tahun

Siri pendidikan animasi, Sesame Street yang kini menginjak usia 50 tahun masih mampu menarik perhatian penonton seluruh dunia untuk mempelajari ABC atau mengira 123 bersama boneka disukai ramai.

Ia juga bakal menerima antara anugerah tertinggi Amerika di majlis gala di Washington, baru-baru ini, yang tercatat dalam sejarah sebagai siri televisyen pertama menerima Anugerah Kehormat Kennedy Center.

Pertama kali bersiaran pada November 1969, ia ditayangkan dalam pelbagai bentuk di lebih 150 buah negara.

Di Afghanistan, ia dikenali sebagai ‘Baghch-e-Simsim’, di Amerika Latin ‘Plaza Sesamo’ dan di beberapa negara Arab pula menggunakan nama ‘Iftah Ya Simsim’.

Sesame Street adalah cetusan idea Joan Ganz Cooney dan Lloyd Morrisett yang sama-sama mengasaskan Bengkel Televisyen Kanak-kanak (kini dikenali sebagai Bengkel Sesame) pada 1968.

Pasangan ini akan menerima anugerah itu bagi mewa-kili program berkenaan yang turut memaparkan pencipta seni Muppets, mendiang Jim Henson. – Agensi

Pertama kali bersiaran pada November 1969, ia ditayangkan dalam pelbagai bentuk di lebih 150 buah negara. – Agensi