Tuesday, April 29, 2025
25.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    SESB digesa tawar kadar menarik

    PENAMPANG, 21 Okt – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Darell Leiking menggesa syarikat utiliti Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) untuk menawarkan kadar menarik kepada syarikat besar yang berminat untuk melabur di negeri ini.

    Beliau berkata, para pelabur cerewet mengenai kos dan kebimbangan mereka terhadap bekalan elektrik di Sabah bukan hanya mengenai konsistensi tetapi juga kos yang tinggi.

    “Tenaga elektrik adalah satu masalah di Sabah. Tetapi saya yakin SESB akan memenuhi tanggungjawab sosial korporatnya kepada Sabah dengan mempertimbang memberi peluang kepada pelabur besar untuk mewujudkan pekerjaan di negeri ini dengan mengurangkan tarif elektrik,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan karnival kerjaya dan pendidikan di sini, hari ini.

    Menteri itu berkata, sebuah syarikat Korea Selatan berminat untuk mewujudkan perniagaan di Sabah yang akan membawa masuk berbilion-bilion dolar dan mewujudkan 700 hingga 800 pekerjaan untuk penduduk Sabah.

    Bagaimanapun, beliau berkata, syarikat itu berharap kerajaan dapat melakukan lebih banyak dengan menurunkan tarif elektrik untuk membolehkannya melabur di negeri ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda