Friday, April 26, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Sesi dialog kongsi jadual, aktiviti

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 22 MAC – Bagi menyampaikan maklumat dan jangkaan mengenai Penyelenggaraan Berjadual (STA) yang akan dilakukan pada bulan April, Syarikat Metanol Brunei (BMC) Sdn Bhd mengadakan Sesi Dialog Bersama Pihak Berkepentingan di Teater Mini, Taman Perindustrian Sungai Liang (SPARK), kelmarin.

    “Kami ingin mendengar pendapat masyarakat dan menangani sebarang kebimbangan. Keutamaan BMC adalah keselamatan pekerja, kontraktor dan komuniti sekitar,” kata Ketua Pegawai Eksekutif BMC, Jesus Enrique Mora Marin.

    Wakil dari pelbagai pihak berkepentingan, agensi kerajaan dan swasta di seluruh Mukim Liang hadir semasa sesi tersebut, yang bertujuan untuk menyebarkan maklumat mengenai STA yang dijadual akan dilakukan dalam masa beberapa bulan.

    Turut hadir ialah Pegawai Pemerintah Batalion Ketiga Tentera Darat Diraja Brunei, Mejar Erawan bin Haji Abu Bakar, dan Pegawai Pemerintah Daerah Polis Belait, Superintendan Kanan, Awang Handrie bin Haji Amin.

    Majlis dimulakan dengan pembacaan surah Al-Fatihah, taklimat keselamatan, dan ucapan alu-aluan oleh Jesus Enrique.

    Seterusnya, beberapa taklimat disampaikan oleh para pegawai dan kakitangan syarikat yang menerangkan antara kerja yang akan dilakukan sebagai sebahagian daripada STA, serta menekankan beberapa potensi gangguan yang mungkin timbul.

    Selain itu, sesi ini juga bertujuan mengemas kini para peserta mengenai jadual, jenis aktiviti yang dijangka dan aspek keselamatan kerja yang akan dilakukan semasa STA.

    STA dijangka bermula pada 21 April hingga awal Jun tahun ini.

    Gambar ramai semua tetamu yang hadir semasa sesi berkenaan.
    Jesus Enrique semasa menyampaikan ucapan alu-aluannya.
    Salah seorang kakitangan BMC semasa menyampaikan penerangan mengenai STA kepada para tetamu.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Menteri India pengsan semasa berkempen kerana cuaca panas

    NEW DELHI, 25 APRIL - Seorang menteri India telah pengsan semasa berucap pada perhimpunan pilihan raya kerana cuaca panas ketika biro cuaca negara itu...