Tuesday, April 23, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    Sesi dialog nilai pembelajaran pelajar

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 JULAI – Seramai 306 orang pemimpin dan timbalan pemimpin sekolah rendah, menengah, pusat tingkatan enam kerajaan dari Kementerian Pendidikan serta ketua-ketua jabatan dan ketua-ketua kluster menghadiri sesi Dialog Ketua-ketua Jabatan Kementerian Pendidikan bersama Pemimpin-pemimpin Sekolah, di Dewan Canselor Universiti Brunei Darussalam (UBD), hari ini.

    Sesi dialog berkenaan diadakan oleh Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pengurusan Pendidik sempena Konvensyen Pemimpin Sekolah ke-4 Tahun 2022.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada sesi dialog itu ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras) di Kementerian Pendidikan, Awang Aliuddin bin Haji Abdul Rahman yang turut menyampaikan ucapan perasmian dialog. Beliau antara lain berharap supaya kepentingan penilaian formatif atau penilaian semasa pembelajaran dilaksanakan secara berterusan.

    Di samping itu, beliau menekankan penggunaan data yang perlu dititikberatkan oleh semua tenaga pengajar dalam menilai dan memantau jurang pembelajaran pelajar khususnya semasa negara dilanda pandemik COVID-19.

    “Perkara ini penting bagi merancang dan melaksanakan strategi-strategi dan program pemulihan pembelajaran berkesan untuk para pelajar,” jelasnya.

    Terdahulu itu, sesi dialog dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat, diikuti ucapan alu-aluan oleh Pemangku Pengarah Pengurusan Pendidik, Kementerian Pendidikan, Dayang Masdiah binti Haji Tuah selaku pengerusi majlis.

    Sesi dialog pada sebelah pagi mendengarkan pembentangan bertajuk Student Learning Survery and Learning Assessment Framework yang disampaikan oleh Pemangku Pengarah Peperiksaan dan Ketua Pusat Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan, Awang Shahrizal bin Haji Emran.

    Acara kemudian diikuti dengan bengkel School Based Assessment yang disampaikan oleh Pemangku Pengarah Sekolah-sekolah, Dr Sheikh Lukman bin Abdul Hamid. Pada bengkel tersebut, para pemimpin sekolah terlibat dalam beberapa aktiviti untuk menilai semula dan memberi sumbangan perspektif bagi membentuk garis panduan penilaian di sekolah yang lebih dinamik dan mampan. Manakala itu, sesi petang diteruskan dengan segmen dialog ketua–ketua jabatan bersama para pemimpin sekolah dan diikuti dengan penyampaian sijil bagi peserta kohort 1 Program Signature Tier 3 yang disempurnakan oleh tetamu kehormat.

    Antara peserta yang hadir pada sesi dialog yang diadakan di Dewan Canselor Universiti Brunei Darussalam (UBD), kelmarin.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...