Wednesday, May 14, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sesi orientasi pelajar baharu

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 MAC – Sesi orientasi Kolej Pengajian Siswazah Antarabangsa (Kolej IGS) bagi pelajar baharu sesi akademik pengambilan 2023/2024 telah diadakan di BMCC, Kolej IGS, kelmarin.

    Acara yang dikendalikan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Majlis Pelajar kolej tersebut telah dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kolej IGS, Dr Haji Azaharaini bin Haji Jamil selaku tetamu kehormat.

    Dr Haji Azaharaini semasa menyampaikan ucapan alu-aluannya menyeru pelajar baharu untuk bertanggungjawab ke atas pembelajaran mereka dan memanfaatkan apa yang disediakan oleh kolej sebaik mungkin.

    Beliau juga menekankan rancangan kolej untuk memperkenalkan lebih banyak program dan kursus dalam sesi akademik akan datang dengan harapan lebih ramai pelajar akan dapat mengakses ke peringkat pengajian tinggi.

    Acara diteruskan dengan Persembahan Video Korporat Kolej IGS diikuti dengan pembentangan daripada pelbagai bahagian kolej termasuk oleh ketua-ketua fakulti.

    Majlis diteruskan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan doa daripada pelajar Ijazah Sarjana Muda IT, Awang Adib Zainul Zaky bin Haji Abdul Manaf, yang turut mengetuai bacaan ikrar pelajar dan diakhiri dengan nyanyian lagu Kolej IGS.

    Dr Haji Azaharaini bergambar ramai bersama kakitangan Kolej IGS dan para pelajar baharu.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda