Sesi parlimen Iran bermula

TEHRAN, 27 MEI – Presiden Hassan Rouhani menggesa penggubal undang-undang Iran supaya ‘bekerjasama’ dengan kerajaan dalam satu ucapan hari ini semasa sesi parlimen baharu berikutan pilihan raya pada Februari yang dimenangi oleh golongan konservatif.

Parlimen, badan perundangan yang menentukan perdebatan di Iran, telah ditutup selama enam mingu sehingga 7 April sebagai sebahagian daripada langkah bertujuan mengawal penularan koronavirus.

Iran telah dibelenggu wabak virus paling teruk di Timur Tengah. Jumlah kematian mencecah lebih 7,500 orang dan hampir 140,000 dijangkiti.

“Saya berharap kami boleh bekerjasama dengan kerajaan untuk tahun yang tinggal,” kata Rouhani dalam ucapan di depan parlimen yang baru ditubuhkan, atau Majles.

Iran mengadakan pilihan raya perundangan pada 21 Februari dan dijadualkan mengadakan pilihan raya presiden dalam masa 12 bulan.

Badan perundangan ke-11 sejak revolusi Islam 1979 itu dibuka tatkala ekonomi negara beransur-ansur kembali pulih daripada wabak virus.

Rouhani, yang memegang jawatan penggal kedua dan terakhir, menggesa ahli parlimen, secara kolektif dan individu, supaya mengutamakan ‘kepen-tingan negara daripada kepentingan peribadi, kepentingan parti atau kepentingan kawasan pengundian.’ – AFP