Tuesday, April 16, 2024
25.4 C
Brunei

    -

    ‘Sesi pemanas badan’ buat Mbappe

    PARIS, 14 NOV – Kylian Mbappe meledak gol dan terselamat daripada sebarang kecederaan bersama bintang sepasukan Paris Saint-Germain, Lionel Messi dan Neymar pada aksi terakhir sebelum Piala Dunia ketika kelabnya menang 5-0 menewaskan Auxerre, kelmarin.

    Jurulatih PSG, Christophe Galtier memilih untuk tidak merehatkan trio serangannya berdepan skuad dari Burgundy itu ketika juara Perancis itu mahu melebarkan kelebihan mereka di liga sebelum berehat untuk kejohanan di Qatar.

    “Tiada seorang pun pemain saya menunjukkan yang mereka takut.

    “Pasukan saya boleh menyatakan perasaan mereka secara bebas tanpa mengambil kira psikologi membabitkan kecederaan.

    Aksi Kylian Mbappe (tengah), semasa perlawanan bola sepak antara Paris Saint-Germain dan Auxerre di stadium Parc des Princes, Paris, kelmarin. – AFP

    “Pemain membalas dengan baik, mereka serius, fokus.

    “Ia akan menjadi sangat menyedihkan buat saya jika seorang daripada pemain saya cedera sebelum Piala Dunia dan saya segera membuat perubahan untuk merehatkan setiap seorang daripada mereka,” kata Galtier.

    Mbappe meledak gol pembukaan selepas 11 minit di Paris yang juga jaringan ke-12 dalam liga buatnya musim ini hasil bantuan Messi selain dua lagi pemain yang akan ke Piala

    Dunia, pemain Maghribi, Achraf Hakimi dan bintang Portugal, Nuno Mendes.

    Pemain Sepanyol, Carlos Soler meledak gol kedua selepas 51 minit dan membantu Hakimi untuk jaringan ketiga enam minit kemudian.

    Dua pemain yang tidak akan ke Qatar, Renato Sanches dan Hugo Ekitike masuk dari bangku simpanan dan menambah gol dalam 10 minit terakhir. – AFP

     

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Iran tutup sementara kemudahan nuklear

    TEHRAN, 16 APRIL – Iran menutup sementara kemudahan nuklearnya atas ‘pertimbangan keselamatan’ susulan serangan peluru berpandu dan dron besar-besarannya ke atas Israel pada hujung...